Dasar luar Politik_Republik_China

Republik China yang diasaskan di tanah besar China telah pada mulanya diiktiraf oleh dunia kendatipun ketidakcekapan pemerintahannya semasa ia dibelenggu warlordisme dan perang sivil dengan CPP.

Pada hari ini, Republik China di Taiwan terus diiktiraf 25 negara yang kebanyakannya negara kecil di Amerika Selatan dan Afrika serta pemerintah Katolik (Paus) di Rom. Republik Rakyat China menadakan suatu polisi tidak mengadakan hubungan diplomatik dengan mana-mana negara yang mengiktiraf Republik China dan memaksa mereka mengeluarkan kenyataan menyokong tuntutan mereka terhadap Taiwan. Akan tetapi realitinya adalah kebanyakan negara masih menjalinkan hubungan diplomatik dengan ROC walaupun ia adalah secara tidak rasmi. Kerajaan PRC secara telus membenarkan pengiktirafan ini dengan fahaman bahawa ia merupakan sesuatu yang perlu tetapi sementara. Di negara-negara yang tidak mengiktiraf ROC secara rasmi, seringkali terdapat perwakilan Taiwan yang mengunapakai nama Pejabat Perwakilan Perdagangan dan Kebudayaan Taipei ataupun "Pejabat Perwakilan Taipei" sebagai singkatan. Pejabat ini memberi servis membuat visa dan lain-lain perihal yang biasanya dikaitkan dengan Pejabat Duta. Negara-negara ini juga mempunyai perwakilan di Taiwan dibawah nama-nama aneh seperti Institut Amerika Di Taiwan yang merupakan pejabat perwakilan de facto Amerika Syarikat di ROC.

Republik China adalah salah suatu pengasas kepada badan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan memegang kerusi negara China di PBB sehingga ia ditendang keluar oleh Resolusi PPB 2758 dan diganti dalam semua organ dalaman pertubuhan itu oleh Republik Rakyat China (PRC). Cubaan Republik China untuk mengangotai semula badan dunia itu ditolak sekalipun telah dicuba berkali-kali.

Bersama dengan masalah dengan PRC berkenaan tanah besar China, ROC juga menghadapi hubungan yang kontroversial dengan Mongolia. Sehingga tahun 1945, ROC menuntuk hak memerintah Mongolia akan tetapi desakan Soviet memaksa ia mengiktiraf kemerdekaan Mongolia. Sejerus selepas itu, ROC telah berpaling dan menuntut semula wilayah Mongolia sehingga tahun 1990-an. Sebarang tindakan ROC membatalkan penuntutannya terhadap wilayah Mongolia sekarang amat rumit keranya kerajaan PRC akan menginterpretasikannya sebagai cubaan untuk merdeka.